Saturday, 25 April 2015

Petua rawatan cacing

Bagi mereka yang ingin mencuba untuk merawat masalah cacing secara tradisional bagi bebiri adalah menggunaka pokok semalu. Cara sangat mudah, ambil pokok semalu untuk diberi makan untuk bebiri


Saturday, 18 April 2015

Black Belly Barbados

Pada 16/4/2015, BRSF telah menerima 5 ekor bebiri Black Belly Barbados untuk dikacukkan dengan induk pejantan yang sama spesis yang telah dibeli pada bulan febuari yang lepas


Tuesday, 7 April 2015

Penyakit Mata - Pink Eye

2 ekor bebiri setakat ini telah dijangkiti oleh Pink Eye disease. Antara kaedah untuk merawat penyakit ini adalah menggunakan Hazelin Petroleum Jelly as per House of goat punya entry (http://casadecabras.blogspot.com/2015/03/accidental-discovery.html). Semoga sembuh



Saturday, 4 April 2015

Tambahan Ternakan

Alhamdulillah, bebiri tag #4 telah selamat melahirkan anak. Seekor anak jantan yang bertag #22.

Friday, 3 April 2015

Kintraks - Software untuk penternak


Dengan IT background, saya sentiasa mencari software untuk haiwan peliharaan. Sebelum ini saya mencari software yang boleh di akses dimana2 (web based), tetapi semua yang dijumpai tidak memenuhi spek. Jadi terjumpa Kintaks, apalagi terus mencuba dan jatuh cinta... sila try.. download kat sini

http://www.kintraks.com/downloads.htm

Thursday, 2 April 2015

Petua - Terkena duri kelapa sawit

Bagi mereka yang bekerja dlm bidang penternakan, salah satu elemen penting dalam memberi makanan kepada haiwan ternakan adalah sumber daun dari kelapa sawit.

Bagi mereka yang terlibat dgn pengambilan pelepah kelapa sawit, anda berkemungkinan tinggi terkena duri di pelepah. Apabila terkena duri pelepah sawit, rawatan biasa memakan masa yang lama untuk sembuh

Cuba petua ini:-

1) Bila terkena duri sawit cepat2 cari buah kelapa sawit (yang paling baik adalah yang dah masak)
2) Gosok kat tempat yang terkena duri dgn buah tersebut

3) InsyaAllah mujarab